【TRANSFORMASI SEMASA PANDEMIK】【2】

 

 

 

【Transformation During The Pandemic】【2】

 

Hai!  Selamat pagi semua!  Hari ini adalah hari terbaik anda! Kami telah berkongsi transformasi pertama kami dalam "Apa Yang Telah Kami Lakukan Semasa Pandemik 1", dan cara-cara mengawal ekspresi emosi.  Hari ini, kami akan berkongsi perkara kedua yang telah kami lakukan dengan anda.  Setelah memperlahankan langkah dan belajar menguasai emosi kami semasa wabak ini, apakah lagi yang dapat membantu kami menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik dan lebih bermakna enlightened? Bagaimana caranya untuk melindungi diri sendiri dan juga keluarga tercinta?

 

 

        Antaranya, kurangkan keluar rumah! Kami jarang keluar dan sentiasa menjauhi tempat berisiko tinggi untuk mencegah jangkitan dan tidak menyebarkan virus kepada ahli keluarga dan orang lain.

   Kedua, dari segi kesihatan, meningkatkan imuniti juga amat penting dalam tempoh ini.  Oleh itu, keluarga kami mula memilih makanan yang segar dan menyihatkan.  Kami cuba memilih bahan semula jadi dan  mengelakkan makanan yang diproses.  Kurangkan pengambilan gula, garam, perasa dan makanan yang berminyak.  Makanlah pelbagai jenis sayur  dan buah yang segar untuk membekalkan tubuh dengan nutrien penting.  Lebih penting lagi, kekalkan kesihatan minda dan fizikal dan nikmati setiap saat pada masa ini.  Ini kerana tidak ada apa-apa yang lebih penting daripada nyawa kita wink.  Hanya dengan menjalani kehidupan yang bermakna dan menikmati segala-galanya pada saat ini barulah anda dapat merasai kebahagiaan sejati heart.  Berita sedunia yang melaporkan kes kematian pesakit yang tinggi membuatkan kami berasa amat bersyukur kerana masih dapat bersama ahli keluarga kami, dan kami belajar menghargai kehidupan kami.  Kini, tubuh yang sihat adalah aset yang tidak ternilai.

 

 

 

Pandemik ini bukan sahaja mengganggu kepantasan langkah kami, malah turut mengubah hidup kami.  Bagaimana kami harus hidup?  Tiada jawapan yang pasti.  Kami mesti belajar untuk mengubah cara pemikiran dan menjalani kehidupan sebagaimana yang kami idamkan dengan sepenuhnya.  Pada setiap tahap kehidupan, setiap orang pasti bercita-cita untuk menjadi individu tertentu yang diidamkan, dan ini semestinya menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.  Jadilah diri kita yang paling benar demi perasaan yang  selesa sekali.  Tiada apa-apa yang mudah dicapai.  Kami cuba menikmati proses pembelajarannya dan berusaha untuk maju setiap hari.  Tujuan sebenar amalan ini bukanlah untuk memperoleh kemahiran, tetapi belajar untuk menghargai kehidupan dan merasai kebahagiaan pada saat ini.  Sayangilah kehidupan.

 

 

 

Memikirkan kembali alasan apakah yang membuatkan kami terlalu sibuk pada peringkat awalnya? Apakah erti hidup kami? Di manakah nilai kehidupan? Setelah langkah kami diperlahankan, barulah kami tersedar akan erti sebenar kehidupan yang berharga ini.  Tuntasnya, hanya dengan menikmati kehidupan pada saat ini, barulah kami dapat merasai kebahagiaan sejati heart!

-------------------------------------

 

Perkara yang kami lakukan selalunya menarik ~

 

Find us here_

IG : the_best_gift_delivery

FB: The Best Gift Delivery

 

Back_